<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/5068886125221540786?origin\x3dhttp://themeaningofyou.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




Photobucket


April 4, 2009, 4/04/2009 03:34:00 AM

Rabu, 03/04/2003.
-
Itulah hari engkau meninggalkan aku sendiri
tanpa sembarang kata.
Tanpa aku melihat jasadmu dibawah ke tempatmu.
Semalam,
genap 6 tahun engkau pergi.
Pergi dengan penuh tragedi
dan membuat aku sakit hati dengan cinta dan janjimu
seketika.
Aku bagaikan dihempas dari langit
hingga jatuh ke bumi.
Sakit hati dan sepi kerana kau
meninggalkan aku.
Hari ini aku takut untuk menutup mata
kerana aku takut engkau akan
menjelma di dalam mimpiku seperti setiap tahun.
Setiap tahun engkau pasti menjelma.
-
Bohong lah aku jika aku kata
tiada rindu padamu.
Setiap kali teringatkan mu,
rindu pasti menjelma.
Aku rindu setiap nafasmu.
Aku rindu pelukan eratmu.
Aku rindu pergaduhan aku denganmu.
Aku rindu bau minyak wangimu.
Apa yang harus aku lakukan?
-
Aku gagal untuk mencari pengantimu.
Setiap kali aku percayakan lelaki,
pasti ada sahaja halangan yang hadir.
Setiap kali cinta itu hadir,
pasti ada sahaja yang menduga.
Gagalkah aku memiliki cinta dari orang
lain selain kamu?
Aku mencuba tapi musnah.
-
Aku selalu berdoa agar
rohmu dicucuri rahmat.
Setiap hari tanpa lupa.
Kadangkala, airmata aku mengalir
tanpa dipaksa.
-
Tidak ramai yang tahu
akan tragedi itu.
Tidak ramai yang tahu
aku menangis dalam bahagia.
Apakah aku harus bertopeng
untuk selama-lamanya?
Aku harap aku mampu bertahan
dan berdiri sendiri.
Aku masih mencari cinta, Ashraf.

*PLS DUN NOT ASK ANYTHING ABOUT THIS POST.
YOU'RE ALLOWED TO COMMENT IN THE TAGBOARD
BUT NOT TO ASK ANYTHING IN THE TAGBOARD OR DIRECT TO ME.
THANK YOU.