Aku rindu saat kita berjalan
di tepi laut pada mlm itu.
Ketika itu kau dan aku
penuh dgn kasih sayang.
Ketika itu kau dan aku merasakan
bahawa dunia itu bagai tiada siapa.
Aku rindu saat kita benar-benar
bercerita tentang hati dan perasaan
terhadap masing-masing.
Sehinggakan kau tidak mampu
menahan airmata.
Aku juga rindu disaat
Kau dan aku berjalan untuk pulang ke rumah.
Ingatkah kau ketika kita berjalan
ke rumah ku dan megambil masa
2 jam utk sampai?
Tidak ada siapa yg mengerti
perasaanku ketika itu.
Aku cuba untuk tidak menyukaimu
kerna tahu ia tidak akan berkekalan.
Tapi sayangnya
aku bagaikan terbang ke awan
dan tersenyum ke bumi bila bersamamu.
Akhirnya sayang itu hanya sementara.
Kasih dan sayang kita berakhir
pada malam itu.
Malam yang sungguh memedihkan hati.
Malam yang penuh kebencian.
Sehingga aku tak mampu melihat anak
matamu yang sayu.
Aku tahu kau dan aku
sedang menahan airmata kerna
tidak mahu dianggap lemah.
Aku pernah menyesal kerna
melepaskanmu
tetapi bagiku itu adalah jalan yg
terbaik utk mu dan si dia.
Aku rela setia tapi tidak rela diduga.